Khalil al-Hayah

Khalil Al-Hayah (Arab: خليل الحيةcode: ar is deprecated ) ialah seorang pegawai kanan Hamas yang pernah dipilih sebagai anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC) pada 25 Januari 2006 sebagai wakil rakyat bagi Kota Gaza. Beliau tinggal di kejiranan Syujaiyah. Beliau juga merupakan anggota Biro Politik Hamas dan timbalan ketua Biro Politik Hamas di Gaza[1].Tujuh atau lapan orang ahli keuarganya, termasuk dua orang saudara lelakinya, dibunuh Israel dalam siri keganasan semasa konflik Israel–Palestin 2007..[2][3] Seorang daripada anak lelakinya terbunuh dalam serangan udara Israel pada 2008 semasa melancarkan serangan roket briged.[4][5] Anak lelakinya yang lain, menantu perempuannya, dan cucunya terbunuh dalam serangan udara di rumahnya pada Julai 2014 semasa konflik Israel–Gaza 2014.[6][7][8] Beliau menyeru kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf Palestin dengan menggunakan sempadan sebelum 1948.[9]Ketika berlakunya perang semasa konflik Israel–Palestin 2021, kediamannya di Syujaiyah telah dibom dalam satu serangan udara oleh Israel pada 15 Mei 2021[1].

Rujukan

WikiPedia: Khalil al-Hayah https://web.archive.org/web/20210515172119/https:/... https://www.timesofisrael.com/liveblog_entry/hamas... https://www.reuters.com/article/2007/05/20/idUSL20... http://electronicintifada.net/content/btselem-call... http://usatoday30.usatoday.com/news/world/2008-02-... http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3512689,... https://www.theguardian.com/world/2014/jul/20/gaza... http://www.jpost.com/Breaking-News/IDF-House-of-Ha... http://www.imemc.org/article/68542 http://english.alarabiya.net/articles/2011/09/18/1...